Vau (huruf Arab)

ۋ dibaca vau atau kadang-kadang ve ialah salah satu huruf Arab yang merupakan varian dari huruf wau yang digunakan untuk melambangkan fonem /v/ dalam bahasa-bahasa bukan Arab yang menggunakan huruf Arab, seperti bahasa Turki Utsmani, Kazakhstan dan beberapa bahasa di Asia Tengah [perlu rujukan].[petikan diperlukan] Dalam bahasa Arab piawai, huruf vau tidak digunakan kerana dalam bahasa Arab tidak memerlukan fonem /v/. Huruf ve bukanlah termasuk dalam ke-28 huruf Arab piawai atau huruf Hijaiyah.Dalam Bahasa Melayu/Indonesia yang ditulis menggunakan huruf Jawi atau Pegon, huruf vau (ۋ) tidak digunakan untuk melambangkan fonem /v/, tetapi huruf Jawi atau Pegon mengunakan huruf va (ۏ) untuk melambangkan fonem /v/. Sementara, dalam Bahasa Izyadi yang menggunakan tulisan Izjawi juga tidak menggunakan huruf ۋ sebagai fonem /v/, yang mana ia menggunakan huruf ۏ untuk melambangkan fonem /v/. Akan tetapi, Bahasa Izyadi menggunakan huruf ۋ ini sebagai melambangkan fonem /o/. Selain itu, nama bagi huruf vau (ۋ) juga ditukar kepada wao yang disebut sebagai "waa-o".
Dalam Izjawi (Bahasa Izyadi), huruf wao (ۋ) boleh digunakan di awalan, pertengahan dan akhiran perkataan dan huruf ini juga tidak disambung.Contoh penggunaannya ialah: